Sunday, July 14, 2024

Module 'recon/domains-hosts/shodan_hostname' disabled. Dependency required: ''shodan''.

 

Memasang Shodan pada Kali Linux untuk Mengaktifkan Modul Recon-ng

Sekiranya anda mengalami masalah seperti dalam gambar di atas, di mana modul recon/netblocks-hosts/shodan_net dan recon/domains-hosts/shodan_hostname dinyahaktifkan kerana kebergantungan kepada shodan, anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan memasang Shodan pada Kali Linux.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang Shodan:

  1. Pasang Shodan di Kali Linux sebelum masuk ke recon-ng:

    sudo apt install python3-shodan
  2. Proses installation

  3. Uji 

    shodan

Dengan memasang Shodan dan menambah kunci API, modul yang diperlukan akan diaktifkan dan sedia untuk digunakan. Untuk maklumat lanjut, layari Recon-ng Documentation.


Wednesday, July 03, 2024

Memasang Linux Sebagai Sub sistem Windows (WSL)


Windows Subsystem for Linux (WSL)
adalah ciri pada Windows 10 dan Windows 11 yang membolehkan pengguna menjalankan persekitaran Linux secara terus pada Windows tanpa memerlukan mesin maya (VM) atau persediaan dual-boot. Dengan WSL, pengguna boleh menggunakan aplikasi dan alat Linux terus dari Windows, memudahkan integrasi antara kedua-dua sistem operasi. Kebiasaannya apabila user nak pasang Kali Linux tanpa perlu dual boot. Untuk itu boleh mulakan dengan 

Langkah untuk menggunakan pautan ini:

  1. Klik pada pautan https://aka.ms/wslstorepage.
  2. Ianya akan diarahkan ke halaman WSL di Microsoft Store. [ Benarkan Microsoft Store dibuka ]
  3. Dari sana, boleh memuat turun dan memasang WSL. [Klik Install]

WSL sangat berguna bagi pembangun dan pengguna yang memerlukan alat dan aplikasi Linux, tetapi ingin terus bekerja dalam persekitaran Windows mereka.

Dengan Windows Subsystem for Linux (WSL) ianya membolehkan pembangun menjalankan persekitaran GNU/Linux, termasuk kebanyakan alat baris perintah, utiliti, dan aplikasi, terus pada Windows tanpa sebarang perubahan. Dengan WSL, anda tidak perlu menggunakan mesin maya tradisional atau melakukan persediaan dual-boot yang kompleks.

Memasang WSL melalui Microsoft Store membolehkan anda mendapatkan kemas kini dan ciri terbaru WSL dengan lebih cepat dan tanpa perlu mengubah versi Windows anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://aka.ms/wsldocs.

Mulakan pengalaman WSL anda hari ini dan nikmati kemudahan menjalankan aplikasi Linux dalam persekitaran Windows! ... 

Tuesday, June 18, 2024

Adakah HTTP2 lebih pantas daripada HTTP1?

Sebelum menjawab adakah benar HTTP2 lebih pantas meh kita lihat ciri-ciri utama HTTP2 yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam pekara ini. Berikut adalah perinciannya:

1. Lapisan Pembingkaian Binari (Binary Framing Layer)

  • HTTP2 mengekod mesej ke dalam format binari.
  • Ini membolehkan mesej dibahagikan kepada unit yang lebih kecil yang dipanggil bingkai, yang kemudian dihantar melalui sambungan TCP, menghasilkan pemprosesan yang lebih cekap.

2. Multiplexing (Multiplexing)

  • Pembingkaian Binari membolehkan permintaan dan respons multiplexing penuh.
  • Pelanggan dan pelayan boleh menyelangi bingkai semasa penghantaran dan memasangnya semula di pihak yang lain.

3. Pemprioritian Aliran (Stream Prioritization)

  • Dengan pemprioritian aliran, pembangun boleh menyesuaikan berat relatif permintaan atau aliran untuk membuat pelayan menghantar lebih banyak bingkai untuk permintaan yang mempunyai keutamaan lebih tinggi.

4. Pendorongan Pelayan (Server Push)

  • Memandangkan HTTP2 membolehkan pelbagai respons serentak kepada permintaan pelanggan, pelayan boleh menghantar sumber tambahan bersama halaman yang diminta kepada pelanggan.

5. Pemampatan Header HPACK (HPACK Header Compression)

  • HTTP2 menggunakan algoritma pemampatan khas yang dipanggil HPACK untuk menjadikan header lebih kecil untuk pelbagai permintaan, dengan itu menjimatkan jalur lebar.

Walaubagaimanapun dengan ciri-ciri ini, HTTP2 juga boleh menjadi perlahan bergantung pada senario atau keadaan teknikal yang spesifik. Oleh itu, keperluan untuk menguji dan mengoptimumkan perkara untuk memaksimumkan manfaat HTTP2 haruslah dibuat terlebih dahulu. 



Rujukan : https://x.com/alexxubyte/status/1802707993584414838

Tuesday, March 19, 2024

Pengurusan Air Untuk Ternak Ikan Air Tawar

Kriteria Air Berkualiti - Kimia: Kandungan Oksigen Terlarut (DO): Lebih daripada 4.0 mg/l (Disyorkan lebih daripada 5.0 mg/l) pH: 6.5 - 8.5 Suhu: 25 - 31º C Kriteria Air Berkualiti - Fizikal: Kehijauan Air: Cahaya dapat tembusi hingga 1 kaki Tidak berbuih Tiada ikan timbul ke permukaan air pada waktu pagi/malam Ikan aktif Ikan mempunyai selera makan

Monday, March 04, 2024

Format Untuk Letak Kod Sumber dalam Blog

Cara Memformatkan Kod Sumber dengan Nombor Baris di Blogspot

Cara Memformatkan Kod Sumber dengan Nombor Baris di Blogspot

Untuk memformatkan kod sumber dengan nombor baris di Blogspot, anda boleh menggunakan SyntaxHighlighter. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk melakukannya:

  1. Buka entri blog baru atau sedia ada di Blogspot.
  2. Pilih mod penyuntingan HTML di dalam editor entri blog.
  3. Letakkan kod sumber anda di dalam tag <pre> dan <code>.
  4. Tambahkan kelas CSS "brush: [language]" di dalam tag <pre> untuk menandakan bahasa sumber kod anda.
  5. Tambahkan kod JavaScript untuk mengaktifkan "SyntaxHighlighter" di dalam entri blog anda.
  6. Simpan dan terbitkan entri blog anda.

Contoh Kod Sumber


// Ini adalah contoh kod JavaScript

function greet() {

    console.log("Hello, world!");

}

greet();

Thursday, February 29, 2024

Konfigurasi Jump Host Dengan .htaccess dalam Apache Webserver

Bila webserver dah ready, ini jangan dilupakan iaitu Fail `.htaccess` adalah fail konfigurasi yang digunakan dalam pelayan web Apache untuk mengkonfigurasi paparan direktori. Ia membolehkan pengguna mengawal konfigurasi tertentu untuk direktori secara khusus tanpa perlu mengubah konfigurasi global pelayan web. 

Fail `.htaccess` biasanya digunakan untuk menyekat akses ke fail-fail dalam direktori, menyembunyikan fail-fail tertentu, menghantar permintaan ke halaman lain, dan banyak lagi. Ini membolehkan pengurusan konfigurasi yang lebih terperinci dan fleksibel bagi laman web yang dihoskan pada pelayan web Apache.


Ini bagi nak konfigurasi .htaccess agar hanya  boleh masuk dari secure jump host shj.

Keselamatan Siber - Comei Red Team Aku

Dalam menguji keteguhan pertahanan siber memerlukan red team. Red team dalam pasukan cybersecurity akan melakukan serangani terhadap sistem, jaringan, atau aplikasi sesebuah organisasi untuk kenalpasti kelemahan pertahanan dan melatih tindak balas (blue team) dalam menangani serangan siber.

Red team bertindak seperti penyerang atau sebenarnya untuk menguji keefektifan sistem pertahanan dan mendapat gambaran tentang bagaimana penyerang atau hacker dapat memanfaatkan vulnerability/titik kelemahan yang ada.

Baru Beli 3D Printer? Ini 10 Laman Web untuk Cari Model 3D Percuma

 Sejak mula menggunakan Bambu Lab P2S Combo , antara soalan pertama yang bermain dalam kepala saya ialah: “Dekat mana nak cari benda menarik...