Showing posts with label Keselamatan Siber. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan Siber. Show all posts

Wednesday, July 03, 2024

Memasang Linux Sebagai Sub sistem Windows (WSL)


Windows Subsystem for Linux (WSL)
adalah ciri pada Windows 10 dan Windows 11 yang membolehkan pengguna menjalankan persekitaran Linux secara terus pada Windows tanpa memerlukan mesin maya (VM) atau persediaan dual-boot. Dengan WSL, pengguna boleh menggunakan aplikasi dan alat Linux terus dari Windows, memudahkan integrasi antara kedua-dua sistem operasi. Kebiasaannya apabila user nak pasang Kali Linux tanpa perlu dual boot. Untuk itu boleh mulakan dengan 

Langkah untuk menggunakan pautan ini:

  1. Klik pada pautan https://aka.ms/wslstorepage.
  2. Ianya akan diarahkan ke halaman WSL di Microsoft Store. [ Benarkan Microsoft Store dibuka ]
  3. Dari sana, boleh memuat turun dan memasang WSL. [Klik Install]

WSL sangat berguna bagi pembangun dan pengguna yang memerlukan alat dan aplikasi Linux, tetapi ingin terus bekerja dalam persekitaran Windows mereka.

Dengan Windows Subsystem for Linux (WSL) ianya membolehkan pembangun menjalankan persekitaran GNU/Linux, termasuk kebanyakan alat baris perintah, utiliti, dan aplikasi, terus pada Windows tanpa sebarang perubahan. Dengan WSL, anda tidak perlu menggunakan mesin maya tradisional atau melakukan persediaan dual-boot yang kompleks.

Memasang WSL melalui Microsoft Store membolehkan anda mendapatkan kemas kini dan ciri terbaru WSL dengan lebih cepat dan tanpa perlu mengubah versi Windows anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://aka.ms/wsldocs.

Mulakan pengalaman WSL anda hari ini dan nikmati kemudahan menjalankan aplikasi Linux dalam persekitaran Windows! ... 

Thursday, February 29, 2024

Konfigurasi Jump Host Dengan .htaccess dalam Apache Webserver

Bila webserver dah ready, ini jangan dilupakan iaitu Fail `.htaccess` adalah fail konfigurasi yang digunakan dalam pelayan web Apache untuk mengkonfigurasi paparan direktori. Ia membolehkan pengguna mengawal konfigurasi tertentu untuk direktori secara khusus tanpa perlu mengubah konfigurasi global pelayan web. 

Fail `.htaccess` biasanya digunakan untuk menyekat akses ke fail-fail dalam direktori, menyembunyikan fail-fail tertentu, menghantar permintaan ke halaman lain, dan banyak lagi. Ini membolehkan pengurusan konfigurasi yang lebih terperinci dan fleksibel bagi laman web yang dihoskan pada pelayan web Apache.


Ini bagi nak konfigurasi .htaccess agar hanya  boleh masuk dari secure jump host shj.

Keselamatan Siber - Comei Red Team Aku

Dalam menguji keteguhan pertahanan siber memerlukan red team. Red team dalam pasukan cybersecurity akan melakukan serangani terhadap sistem, jaringan, atau aplikasi sesebuah organisasi untuk kenalpasti kelemahan pertahanan dan melatih tindak balas (blue team) dalam menangani serangan siber.

Red team bertindak seperti penyerang atau sebenarnya untuk menguji keefektifan sistem pertahanan dan mendapat gambaran tentang bagaimana penyerang atau hacker dapat memanfaatkan vulnerability/titik kelemahan yang ada.

Baru Beli 3D Printer? Ini 10 Laman Web untuk Cari Model 3D Percuma

 Sejak mula menggunakan Bambu Lab P2S Combo , antara soalan pertama yang bermain dalam kepala saya ialah: “Dekat mana nak cari benda menarik...