Sunday, October 11, 2015

Projek Tanam Timun dan Ketumbar Part 3 - 11/10/2015

Hari ni mengemas sedikit setelah sekian lama tinggal projek tanam timun ngan ketumbar. Timun nampaknya OK je, Dah bubuh Baja hijau dan wat tempat gantung.

Ish ... Betul ke cara ni tanam pokok timun dalam pasu ni? Harap pokok timun dapat memberikan hasil.. Niat kalau berbuah banyak nak kongsi dengan jiran jiran harap dapat memberikan manafaat pada org lain gak.

Kot2 ada yg sudi jenguk boleh bagi idea atau link kat mana ada geng tanam pokok dalam pasu utk cari ilmu lagi.

But pokok ketumbar macam kurang sangat ilmu. Asal plak x menjadi mungkin terlebih air kot. Meh nengok gambar dia sedih nya hati.


Baja Hijau dah letak ... x tau la betul ke idaknya.


Tempat Gantung/Paut Pokok Timun.


Rilek ya ... ko duduk diam-diam kat sini.


Ko pon sama ... duduk kat sini sampai besar tau.


Kat sini rileks sket.


Pokok Ketumbar yang berharapkan khidmat nasihat dan bantuan. 

Macam x besor2 pun ... adoyai, mana nak cari ilmu ni.


Rumah pokok-pokok ...

Pembajaan:
Timun memerlukan nutrien sebanyak 150-200 kg N, 30 kg P, 160-200 kg dan 20 kg Mg bagi sehektar. Baja organik dan inorganik yang disyorkan adalah seperti berikut:-


Pusingan
Masa
Jenis Baja
Tarikh (Cadangan)
Tarikh Sebenar
1
2
3
4
Sebelum menanam
2 minggu
4 minggu
6 minggu
Baja organan
NPK 15:15:15
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
14/9/2015
28/9/2015
12/10/2015
26/10/2015
14/9/2015
11/10/2015
-
-


No comments:

5 Faedah RTOS Linux Kernel - Apa Itu Sistem Operasi Masa Nyata (RTOS) di Malaysia

Di VIENNA dimana selepas 20 Tahun, Real-Time Linux Akhirnya Masuk ke Dalam Kernel Utama Linux. Itulah pada yang memahami bagaimana berkemban...