Sunday, July 14, 2024

Module 'recon/domains-hosts/shodan_hostname' disabled. Dependency required: ''shodan''.

 

Memasang Shodan pada Kali Linux untuk Mengaktifkan Modul Recon-ng

Sekiranya anda mengalami masalah seperti dalam gambar di atas, di mana modul recon/netblocks-hosts/shodan_net dan recon/domains-hosts/shodan_hostname dinyahaktifkan kerana kebergantungan kepada shodan, anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan memasang Shodan pada Kali Linux.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasang Shodan:

  1. Pasang Shodan di Kali Linux sebelum masuk ke recon-ng:

    sudo apt install python3-shodan
  2. Proses installation

  3. Uji 

    shodan

Dengan memasang Shodan dan menambah kunci API, modul yang diperlukan akan diaktifkan dan sedia untuk digunakan. Untuk maklumat lanjut, layari Recon-ng Documentation.


Wednesday, July 03, 2024

Memasang Linux Sebagai Sub sistem Windows (WSL)


Windows Subsystem for Linux (WSL)
adalah ciri pada Windows 10 dan Windows 11 yang membolehkan pengguna menjalankan persekitaran Linux secara terus pada Windows tanpa memerlukan mesin maya (VM) atau persediaan dual-boot. Dengan WSL, pengguna boleh menggunakan aplikasi dan alat Linux terus dari Windows, memudahkan integrasi antara kedua-dua sistem operasi. Kebiasaannya apabila user nak pasang Kali Linux tanpa perlu dual boot. Untuk itu boleh mulakan dengan 

Langkah untuk menggunakan pautan ini:

  1. Klik pada pautan https://aka.ms/wslstorepage.
  2. Ianya akan diarahkan ke halaman WSL di Microsoft Store. [ Benarkan Microsoft Store dibuka ]
  3. Dari sana, boleh memuat turun dan memasang WSL. [Klik Install]

WSL sangat berguna bagi pembangun dan pengguna yang memerlukan alat dan aplikasi Linux, tetapi ingin terus bekerja dalam persekitaran Windows mereka.

Dengan Windows Subsystem for Linux (WSL) ianya membolehkan pembangun menjalankan persekitaran GNU/Linux, termasuk kebanyakan alat baris perintah, utiliti, dan aplikasi, terus pada Windows tanpa sebarang perubahan. Dengan WSL, anda tidak perlu menggunakan mesin maya tradisional atau melakukan persediaan dual-boot yang kompleks.

Memasang WSL melalui Microsoft Store membolehkan anda mendapatkan kemas kini dan ciri terbaru WSL dengan lebih cepat dan tanpa perlu mengubah versi Windows anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://aka.ms/wsldocs.

Mulakan pengalaman WSL anda hari ini dan nikmati kemudahan menjalankan aplikasi Linux dalam persekitaran Windows! ... 

5 Faedah RTOS Linux Kernel - Apa Itu Sistem Operasi Masa Nyata (RTOS) di Malaysia

Di VIENNA dimana selepas 20 Tahun, Real-Time Linux Akhirnya Masuk ke Dalam Kernel Utama Linux. Itulah pada yang memahami bagaimana berkemban...