Apabila telah selesai membuat kelas, kelas anda akan dipaparkan pages baharu bersama Tab yang ada di page GC seperti berikut:
Stream
Stream kini memberi tumpuan kepada pengumuman dan siaran (jika anda membenarkan pelajar untuk menyiarkan dan mengulas di Bilik Darjah).
Anda juga akan melihat notifikasi dalam Stream jika sesuatu telah ditambah ke kerja kelas, seperti ketika anda membuat tugas baru.
Classwork
Majoriti masa anda kini akan digunakan di tab Classwork. Di sinilah guru boleh membuat tugasan, menambah soalan, membuat topik, dan menggunakan semula posts yang telah dibuat.
Bahagian Classwork dibahagikan mengikut topik untuk membuatnya lebih mudah dalam mencari tugasan. Anda boleh membuat tiga topik sebagai contoh, Kerja Harian, Sumber Rujukan, dan Unit 1: Tema. Anda boleh membuat topik untuk kelas anda dengan cara yang anda suka.
Butang "Create" telah berpindah dari bahagian bawah ke kiri atas halaman. Perhatikan, disini di mana anda menambah bahan kelas anda.
Selain itu, terdapat juga baris yang boleh dikembangkan dalam halaman Classwork yang memberikan anda keupayaan untuk melihat perkara-perkara seperti Done / Not Done, kini dinamakan semula "Turned In" dan "Assigned".
People
Apabila melihat seksyen ini dinamakan sebagai People, ianya amat mengelirukan untuk pengguna pertama kali. Anda tidak melihat jadual pelajar anda di tab Pelajar (Ianya telah dinamakan sebagai People), Dimana anda kini boleh menguruskan semua "orang" yang mungkin berada dalam kelas anda, termasuk guru bersama.