Monday, April 07, 2008

Bagaimana untuk berceramah?


Oleh mesrarakyat

Artikel daripada Tranungkite.com

Bagaimana untuk berceramah?


Artikel ini ditujukan kepada rakanku di JAKIM, JAWI, TH,guru-guru dan apa jua jenis profesion anda. Yang penting, tujuannya untuk berceramah terutama ceramah umum atau khas yang telah di tetapkan oleh penganjur. Yang pasti, kuliah dan ceramah adalah dua perkara berlainan.



Bagaimana ingin memulakan teks ceramah?


Yang pertama, pastikan kita dapatkan tajuk dari penganjur ataupun kita yang bebas memilih tajuk. Kita ambil contoh ‘Peranan Ilmu Kepada Manusia’. Nampak mudah tetapi bagi yang tidak pernah berceramah, tentulah ia perkara yang amat berat.



Penulisan Teks Ceramah


Bagaimana seseorang itu boleh bercakap 2 jam tanpa rasa letih ataupun tanpa menjemukan pendengar-pendengar? Mestilah ceramah tersebut penuh dengan isi ditambah pula dengan isi yang dapat menarik pendengar tersebut seperti isu-isu terbaru, perkara yang sudah menjadi budaya dan sebagainya. Ini terpulang kepada kebijaksanaan penceramah itu sendiri.


Mari kita tulis lakaran teks ceramah. Hanya memerlukan kertas A4 yang di lipat empat ataupun buku nota kecil (jangan guna buku 555, low class!)



TAJUK: Peranan Ilmu Kepada Manusia

MASA : 1 jam

PENDENGAR : Penduduk Kg Aman Sentosa



Kita perlu bahagikan kepada 3 perkara :



1-PENDAHULUAN (10 min)

2-ISI (40 min)

3-PENUTUP (10 min)


Oleh kerana sejam 60 minit maka 3 perkara di atas hanya memerlukan pembahagian minit untuk anda berceramah setiap perkara tersebut.



Contoh PENDAHULUAN :


Pembukaan dengan kalimah tauhid – spt Asyhadualla la ilaha illa Allah.. (3 min)

Takrif Ilmu – ringkas (3 min)

Pembahagian ilmu kepada baik dan buruk (4 min)


Jika dirujuk dari isi pendahuluan di atas maka anda sudah nampak apakah isi yang perlukan anda beri penekanan. Ini terpulang kepada bahasa anda, samada anda menggunakan audien untuk soal jawab seperti “Siapa boleh beritahu ustaz, ilmu itu terbahagi kepada berapa bahagian..??”


PERINGATAN : Anda Hendaklah Berdisiplin Mematuhi Masa Yang Anda Sendiri Tetapkan Supaya Tidak Terkurang. Jika Terlebih, Itu Bonus Buat Anda.



Mari kita lihat teks ISI pula :



Contoh ISI ‘Peranan Ilmu..’ :



1-kenal pencipta ( 10 min)

1.1 ilmu tauhid – kenal siapa tuhan (5 min) – beza dengan orang bukan islam

1.2 pelbagai ilmu ada manfaatnya (5 min) – ilmu perubatan ada faedah, ilmu falak ada faedah.



2-selamat dari kekufuran ( 10 min)
2.1 tahu membezakan yang mana iman atau kufur – cthnya ilmu sihir (5 min)

2.2 menjauhkan perkara yang boleh menjatuhkan akidah – cthnya dengan ilmu, kita tahu mana yang patut dijauhi seperti menghina Rasulullah (5 min)



3. Allah beri kemudahan penuntut ilmu (20 min)

3.1 penuntut ilmu di doakan oleh segenap makhluk Allah (5 min) – hadis

3.2 penuntut ilmu di mendapat darjat yang tertinggi (5 min) – alQuran

3.3 penuntut ilmu di kenang sepanjang zaman (5 min) –

3.4 penuntut ilmu yang mengajar (5 min) - amal jariah yang besar



Oleh itu, masa untuk ISI adalah 40 minit.



Akhirnya kita lihat PENUTUP :



Kesimpulan tajuk ilmu (5 min)

Doa – semoga menjadi orang yang berilmu (5 min)


Sudah selesai! Anda akan dapati masa di atas nampak sudah menjadi singkat. Dan, siapa yang telah biasa buat cara begini masanya sentiasa di penuhi dengan ceramah dan ditambah pula jika isi menarik.



Bagaimana pula memasukkan ayat alQuran dan hadith?


Biasanya, penceramah hendaklah terlebih dahulu menghafaz ayat atau matan hadith demi memudahkan dan melancarkan isi tersebut. Jika tidak pun, catatkan di hujung kertas tersebut agar ia semakin kuat di ingatan kita."

No comments:

Pengurusan Air Untuk Ternak Ikan Air Tawar

Kriteria Air Berkualiti - Kimia: Kandungan Oksigen Terlarut (DO): Lebih daripada 4.0 mg/l (Disyorkan lebih daripada 5.0 mg/l) pH: 6.5 - 8....